Tiada lagi penundaan perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) 2022 melibatkan pasukan dijangkiti COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia MFL Stuart Ramalingam menjelaskan, SOP baharu itu penting dalam memastikan kelancaran Liga-M 2022, apabila pasukan bakal mengharungi jadual agak padat sekiranya penundaan perlawanan akibat kes COVID-19, terus dipraktikkan.